Tuesday 13 December 2016

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

hi guys! Asslamualaikum. 

harini saya nak cerita tentang latar belakang ukm pulak. actually dah lama sangat nak masuk ukm lepas matrik alhamdulillah kesampaian tu tercapai. actually nak apply UUM tapi family pulak tak kasi jauh jauh. so kita proceed sahaja lah dengan UKM. hehe

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru BangiSelangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.
Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islammenyemarakkan lagi idea ini.
Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 dalam ranking Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings tahun 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya dan menduduki tangga ke-53 (2011) dan ke-58 (2012) dalam ranking QS Top 500 Asian University Rankings.


Asas penubuhan UKM

  • Penubuhan UKM adalah pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu
  • UKM dilihat sebagai kemuncak memperkukuhkan sistem pelajaran kebangsaan.
  • UKM dapat menampung lulusan sekolah menengah aliran Melayu.
  • Melahirkan warganegara yang setianya kepada negara ini.
  • Mengeluarkan siswazah yang sihat, berpandangan serta berfikiran luas.

Sejarah penubuhan

  • Tahun 1930-an lagi cendekiawan dan politikus Melayu mendesak Kerajaan British menyediakan kemudahan pendidikan tinggi kepada anak-anak Melayu. Antara tokoh tersebut ialah Abdul Kadir AdabiPersatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung pula mahukan pendaulatan Bahasa Melayu di peringkat universiti.
  • 1963 Seminar Bahasa dan Sastera telah diadakan . Hasil seminar ini mahukan universiti yang ‘benar-benar bercorak kebangsaan’. Sebuah universiti Islam turut dibincangkan.
  • 25 Ogos 1968, penubuhan Jawatankuasa Penganjur Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tokoh yang terlibat ialah Zainal Abidin WahidAbu Bakar HamidTunku Shamsul BahrinSyed Husin Alidan lain-lain.
  • 18 Mei 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan secara rasmi. Kampus sementaranya terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Universiti ini hasil citarasa ‘kebangsaan’ dan ’Islam’. Pelajar sulungnya seramai 192 orang. Ada 3 fakulti iaitu Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan Fakulti Islam. Ramai tenaga pengajar diambil dari Indonesia.

Fakulti

  • Fakulti Ekonomi & Pengurusan
  • Fakulti Farmasi
  • Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
  • Fakulti Pendidikan
  • Fakulti Pengajian Islam
  • Fakulti Pergigian
  • Fakulti Perubatan
  • Fakulti Sains Kesihatan
  • Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
  • Fakulti Sains & Teknologi
  • Fakulti Teknologi & Sains Maklumat
  • Fakulti Undang-Undang
  • Graduate School of Business

Institut

  • Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
  • Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
  • Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)
  • Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)
  • Institut Perubatan Biologi Molekular (UMBI)
  • Institut Kajian Oksidental (IKON)
  • Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)
  • Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)
  • Institut Perubahan Iklim (IPI)
  • Institut Islam Hadhari
  • Institut Sel Fuel
  • Institut Kajian Etnik (KITA)
  • Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)

Pusat

  • Pusat Kejuruteraan Tisu
  • Pusat Perancangan Korporat dan Kepimpinan(PPKK)
  • Pusat Citra Universiti (CITRA UKM)
  • Pusat Pembangunan Akademik
  • Pusat Jaminan Kualiti (KUALITI UKM)
  • Pusat Komunikasi Korporat (PKK)
  • Pusat Pengurusan Siswazah
  • Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi
  • Pusat Akreditasi Pembelajaran
  • Pusat Teknologi Maklumat (PTM)
  • Pusat Kepimpinan Wanita (PKW)
  • Pusat PERMATApintar Negara
  • Pusat Pemerkasaan Remaja
  • Pusat Kembangan Pendidikan (PKP)
  • Penerbit UKM
  • Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
  • Pejabat Pengurusan Risiko
  • Pusat Islam

Senarai Kolej Kediaman UKM



so haritu kitaorang menjelajah satu ukm ni. memang besar lahhhh banyak lingkungan nya. yang paling terkenal, banyak sangat roundabout kat sini. hahahah balik balik tang tuuuuu jaaa jalan dia. bosan gak lah kalau selalu kuar tu. tapi UKM tetap dihati . so ni gamabr sikit kitaorang amek. so enjoy!










SMK DATO' UNDANG HAJI ADNAN

hi guys! assalamualaikummm.

okay harini saya nak korang tahu sedikit latar belakang sekolah menengah saya dahulu. saya bukan lah berasal dari sekolah agama atau sekolah berasrama penuh atau mrsm. saya ni biasa biasa je alhamdulillah ikmu agama tu terpahat di dalam hati. hehehe 

yelahh tengok kawan kawan semua sekolah asrama penuh la. mrsm laaa. maahad laaa. masyaAllah alhamdulillah. hehehe

so here it guys 


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji Adnan atau nama ringkasnya SMK Dato' Undang Haji Adnan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 11, Jalan Tampin Seremban Kota.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji Adnan memiliki 282 pelajar lelaki dan 297 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 579 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru

PROFIL AM

KodNEA3036
Nama SekolahSMK DATO' UNDANG HAJI ADNAN
AlamatKM 11, JALAN TAMPIN SEREMBAN, KOTA, KOTA
PPDPPD REMBAU
StatusBeroperasi
No Telefon064384790
No Fax064384595
SesiPagi Sahaja
Jenis BantuanSekolah Kerajaan
Jenis MuridLelaki dan Perempuan
Bahasa PengantarBahasa Melayu
Jenis AsramaAsrama Sekolah Harian









PRESENTATION ? DONE!

HI GUYS ASSALAMUALAIKUM!!💖
KETEMU KITA LAGI DI DALAM BLOG INI ! SEMOGA KORANG TAK BOSAN LAH EHH. LATELY NI DAH NAK FINAL. SO A LITTLE BIT BUSY SIKIT. WELL YEAH STUDY KATAKOOO, SIAPKAN ASSIGNMENT, SIAPKAN PRESENTATION, MACAM MACAM LAH. 


KORANG NI SAYA GEMBIRAAAAAAAA SANGATTT SEBAB APA? SEBAB IM DONE WITH EDITING APP COM VIDEO ABOUT UKM DAN FEP! MASYAALLAH EVEN TAKLAH CREATIVE SANGAT EDIT, TAPI SAU ACHIEVEMENT YANG TAK SANGKA LAHHHH ON THE SAME TIME PI CARI APPS, TAKTAU GUNA APPS APA. BELAJAR SENDIRI. HACK APPS TU. HAHAHAH BANYAK BETUL DUGAAN . 


SO HARINI MY GROUP ( SAYA , TIPAH DAN BAH) AKAN PRESENT VIDEO KAMI TU. HARAP HARAP LAHHH PROF SUKA WEIIII! AND AKAN PRESENT DATABASE SYARIKAT KAMI TU. ACEWAH DAH ADA SYARIKAT KATAKOOO. 

SO GUYS WISH US LUCK OKAY ! EXCITED AND MENGGIGIL GAKK NI. SERAMMM SEBAB HARITU TERPAKSA SKIP PRESENTATION SEBAB MASALAH TEKNIKAL . MAAFKAN KAMI PROF! . HEHEHEHEH SO U GUYS NAK TENGOK VIDEO TU ? NANTI TENGOK KAT YOUTUBE JUGA EHHHH. SEBAB CEQ CUBA MASUK KAT SINI TAPI SANGAT SANGATT TINGGI KB DIA. SO NANTI TWNGOK KAT YOUTUBE OKAY . SEARCH "UKM DAN FEP"



EHHH WAIT , MESTILAH NAK GAMBAR KAN ? NAK TENGOK APA YANG KITAORANG BUAT KAN? SIKIT JE KAYY GAMBAR TU. AHAHAHAH SO. ENJOY!















APA ITU KESIHATAN ?

1# SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2# CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.
Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

3# RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4# RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5# RASULULLAH TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

6# SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

7# TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8# JADILAH PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.













FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN


Latar Belakang

Sejarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM dirintis dengan tertubuhnya Jabatan Ekonomi dan Perdagangan. Seusia dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1970.
Pada peringkat awal penubuhannya disiplin ekonomi hanya bertaraf jabatan. Ia merupakan salah sebuah jabatan dalam Fakulti Sastera. Taraf Jabatan Ekonomi dan Perdagangan telah dinaikkan ke peringkat fakulti pada 1 Januari 1974 hasil perkembangan bidang ilmu yang pesat dalam disiplin ekonomi dan pengurusan. Fakulti baru ini dinamakan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
Perkembangan ilmu ekonomi dan perniagaan serta permintaan pasaran gunatenaga yang semakin menigkat telah melahirkan idea untuk memisahkan fakulti ini kepada dua buah fakulti yang berasingan iaitu Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Pengasingan fakulti ini telah berlaku pada 16 Mei 1979. Semenjak dari itu, kedua-dua fakulti telah berkembang dengan pesat.
Dalam tahun 1996, pihak pengurusan UKM telah memutuskan untuk mengkaji semula dan menstrukturkan Fakulti dan Jabatan Akademik. Pada bulan Ogos 1997, keputusan telah dibuat bahawa penggabungan fakulti akan berdasarkan susunan atau rumpun ilmu.
  • Tahun 1999 – Semua fakulti dalam rumpun sains telah disatukan dan menjadi Fakulti Sains dan Teknologi.
  • Tahun 2001 – Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Fakulti Sains Pembangunan dan Fakulti Pengajian Bahasa distrukturkan semula sebagai Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
  • 1 April 2004 – Tertubuhnya Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, iaitu gabungan Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan.
Pemilihan nama Fakulti Ekonomi dan Perniagaan adalah membayangkan disiplin utama ilmu dalam bidang ekonomi, pengurusan perniagaan, dan perakaunan serta mencerminkan kesepaduan ilmu yang mempunyai epistemologi sepunya.


Visi, Misi dan Matlamat

Visi
Menjadi fakulti terpilih yang memangkin dan menjana ilmu untuk pembangunan ekonomi, perniagaan dan profesion bagi kesejahteraan negara dan masyarakat sejagat.
Misi
Bertekad menjadi pusat kecemerlangan ilmu pengurusan perniagaan, perakaunan dan ekonomi melalui gabungan ilmu dan amalan yang mulia, profesionalisme yang tinggi dan perkembangan terkini.
Matlamat
  • Memupuk kesarjanaan dan kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan pengembangan ilmu.
  • Melahirkan graduan berpengetahuan, berketrampilan, beretika dan berpandangan global.
  • Menghasilkan graduan berwibawa dalam profesionnya.
  • Menyebarkan ilmu dan kepakaran kepada masyarakat.







Monday 12 December 2016

HARITH ISKANDER

HI GUYS! 
ASSALAMUALAIKUM 😉😉

YEAHHH IM STILL HERE TO UPDATING MY BLOG! 

SO WHY MY TITLE BLOG ABOUT HARITH ISKANDER?
WHO IS HARITH ISKANDER? WELL YEAHH HE JUST NOW IS THE WINNER OF FUNNIEST PERSON IN THE WORLD COMPETITION. HE IS AN ACTOR COMEDIAN MALAYSIA ..
HE IS CONSIDERED TO BE "THE GOD FATHER OF STAND-UP COMEDY" IN MALAYSIA. OMG! HE IS THE WINNER . BUT MALAYSIAN PEOPLE DOESNT KNOW HER COMEDY SO WELL YEAH CAUSE IN ENGLISH RIGHT. HAHAHAHA TYPICAL MALAYSIAN..



SO I JUST WANNA SAY CONGRATULATION BECAUSE MAKE MALAYSIA UP IN THIS WORLD. WE PROUD OF YOU !!

Sunday 11 December 2016

HATI ? SIAPA TAHU ...

HI ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... ENTRY HARINI KITA RILEKS RILEKS, CHILL CHILL JE OKAY. 
HMMMMM SO KITA NAK MULA DARI MANA ? 


OKAY LETS TALK ABOUT HATI. HATI KITA NI MULA MULA LAHIR KAT MUKA BUMI NI, BERSIH SEBERSIH KAIN PUTIH. TIADA KEKOTORAN. MAKIN MEMBESAR NI SIKIT SIKIT BINTIK HITAM HINGGAP KAT HATI KITA. MENIPU LAH KITA TAK PERNAH BUAT DOSA KAN ? EVEN KECIL KECIL PUN DAH MELEKAT BINTIK BINTIK HITAM KAT HATI KITA. ALLAHU. 

HATI NI TIADA SIAPA YANG TAHU. I MEAN NALURI HATI KITA, RASA SAKIT KE BAHAGIA KE DUKA KE GEMBIRA KE , ALLAH SAHAJA YANG TAHU :') 

PERITNYA HATI NI BILA KITA PENDAM . TIADA SIAPA TAHU. KAN BEST ADA MAK AYAH. BOLEH SHARING DENGAN DIAORANG. EVEN TAK SHARING TU BILA TENGOK MUKA DIAORANG, HILANG MASALAH KAN.. SO KORANG YANG BACA NI YANG STILL ADA PARENTS , PLEASEEEE IM BEGGING YOU! PLEASE APPRECIATE PARENTS KORANG EVEN DIAORANG TERUK SEKALI PUN. DIAORANG PRICCELESS. TIADA GANTI . IF I HAVE BOTH OF MY PARENTS, YA ALLAH , HANYA ALLAH SAHAJA TAHU APA YANG SAYA NAK LAKUKAN UNTUK MEREKA. 


SORRY LAH TOPIK KALI NI TERASA DI HATI SEDIKIT . HEHEHE EVERYONE FACES UP AND DOWN LIFE . 

SO , NAK TANYA KORANG, BESTKAN ADA ORANG CARE PASAL KITA. ADA ORANG DAPAT DENGAR MASALAH KITA , ADA ORANG KITA NAK MENUMPANG KASIH. UNTUNGLAHHHH . SAYA? ALHAMDULILLAH STILL ADA ABANG KAKAK KAKAK ANAK BUAH SEDARA MARA . TAPI...... HEHEHEE ALLAH JE TAHU LAH. 

SO SAYA NAK BAGI NASIHAT SIKIT, PLEASE LA KORANG APPRECIATE FAMILY KORANG, KAWAN KAWAN KORANG. MANUSIA DIA MEMERLUKAN SOMEONE UNTUK MELEPASKAN LUAHAN. YAAA ALLAH IS THE BEST LISTENER! YES , AND NOW I HAVE ALLAH TO BE MY LISTENER . YAKIN PADA ALLAH. DIA YANG BUAT SEGALA GALANYA DAN DIA AKAN UBAH SEGALA GALANYA. 
KENAPA KITA NAK MALU DENGAN ALLAH SEDANGKAN ALLAH RINDU DENGAN KITA , SAYANG DENGAN KITA . ALLAHU . 


BILA KITA DENGAR KISAH NABI MUHAMMAD BALIK , NABI MUHAMMAD YANG TAK PERNAH BERSUA MUKA DENGAN KITA , RINDUKAN KITA. KITA ADA RINDUKAN BAGINDA BALIK KE? ADA KITA INGAT DIA ? SEDANGKAN SUNNAH BAGINDA PUN KITA TAK TERIKUT. ALLAHU. SORRY EMOSIONAL . NOTED TO MYSELF ACTUALLY . HMMM 


YA ALLAH, ANDAI KAU DAPATKAN UNDUR MASA ITU BALIK... BERILAH AKU KEBAHAGIAN NIKMAT BERSAMA KEDUA IBU BAPA KU. AKU AMAT MERINDUI MEREKA... YA ALLAH, JIKA DIRI INI AMAT BERDOSA, KAU AMPUNKAN LAH DOSA DOSA LALUKU DAN DOSA MASA AKAN DATANG KU . 
YA ALLAH, ANDAI HATI INI TAK MAMPU LAGI MENAHAN KESAKITAN HATI INI, MAKA KAU UBAHKAN LAH IA SUPAYA HATI HATI YANG TERLUKA INI DAPAT DISEMBUH SEMULA DENGAN KEBAHAGIAN TAK TERHINGGA SEHINGGA AKHIR HAYAT MU YA RABB 😢😢😢😢😢😢😢😢😢