Tuesday 13 December 2016

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

hi guys! Asslamualaikum. 

harini saya nak cerita tentang latar belakang ukm pulak. actually dah lama sangat nak masuk ukm lepas matrik alhamdulillah kesampaian tu tercapai. actually nak apply UUM tapi family pulak tak kasi jauh jauh. so kita proceed sahaja lah dengan UKM. hehe

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru BangiSelangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.
Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islammenyemarakkan lagi idea ini.
Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 dalam ranking Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings tahun 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya dan menduduki tangga ke-53 (2011) dan ke-58 (2012) dalam ranking QS Top 500 Asian University Rankings.


Asas penubuhan UKM

  • Penubuhan UKM adalah pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu
  • UKM dilihat sebagai kemuncak memperkukuhkan sistem pelajaran kebangsaan.
  • UKM dapat menampung lulusan sekolah menengah aliran Melayu.
  • Melahirkan warganegara yang setianya kepada negara ini.
  • Mengeluarkan siswazah yang sihat, berpandangan serta berfikiran luas.

Sejarah penubuhan

  • Tahun 1930-an lagi cendekiawan dan politikus Melayu mendesak Kerajaan British menyediakan kemudahan pendidikan tinggi kepada anak-anak Melayu. Antara tokoh tersebut ialah Abdul Kadir AdabiPersatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung pula mahukan pendaulatan Bahasa Melayu di peringkat universiti.
  • 1963 Seminar Bahasa dan Sastera telah diadakan . Hasil seminar ini mahukan universiti yang ‘benar-benar bercorak kebangsaan’. Sebuah universiti Islam turut dibincangkan.
  • 25 Ogos 1968, penubuhan Jawatankuasa Penganjur Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tokoh yang terlibat ialah Zainal Abidin WahidAbu Bakar HamidTunku Shamsul BahrinSyed Husin Alidan lain-lain.
  • 18 Mei 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan secara rasmi. Kampus sementaranya terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Universiti ini hasil citarasa ‘kebangsaan’ dan ’Islam’. Pelajar sulungnya seramai 192 orang. Ada 3 fakulti iaitu Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan Fakulti Islam. Ramai tenaga pengajar diambil dari Indonesia.

Fakulti

  • Fakulti Ekonomi & Pengurusan
  • Fakulti Farmasi
  • Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
  • Fakulti Pendidikan
  • Fakulti Pengajian Islam
  • Fakulti Pergigian
  • Fakulti Perubatan
  • Fakulti Sains Kesihatan
  • Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
  • Fakulti Sains & Teknologi
  • Fakulti Teknologi & Sains Maklumat
  • Fakulti Undang-Undang
  • Graduate School of Business

Institut

  • Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
  • Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
  • Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)
  • Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)
  • Institut Perubatan Biologi Molekular (UMBI)
  • Institut Kajian Oksidental (IKON)
  • Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)
  • Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)
  • Institut Perubahan Iklim (IPI)
  • Institut Islam Hadhari
  • Institut Sel Fuel
  • Institut Kajian Etnik (KITA)
  • Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)

Pusat

  • Pusat Kejuruteraan Tisu
  • Pusat Perancangan Korporat dan Kepimpinan(PPKK)
  • Pusat Citra Universiti (CITRA UKM)
  • Pusat Pembangunan Akademik
  • Pusat Jaminan Kualiti (KUALITI UKM)
  • Pusat Komunikasi Korporat (PKK)
  • Pusat Pengurusan Siswazah
  • Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi
  • Pusat Akreditasi Pembelajaran
  • Pusat Teknologi Maklumat (PTM)
  • Pusat Kepimpinan Wanita (PKW)
  • Pusat PERMATApintar Negara
  • Pusat Pemerkasaan Remaja
  • Pusat Kembangan Pendidikan (PKP)
  • Penerbit UKM
  • Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
  • Pejabat Pengurusan Risiko
  • Pusat Islam

Senarai Kolej Kediaman UKM



so haritu kitaorang menjelajah satu ukm ni. memang besar lahhhh banyak lingkungan nya. yang paling terkenal, banyak sangat roundabout kat sini. hahahah balik balik tang tuuuuu jaaa jalan dia. bosan gak lah kalau selalu kuar tu. tapi UKM tetap dihati . so ni gamabr sikit kitaorang amek. so enjoy!










No comments:

Post a Comment