Tuesday 13 December 2016

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

hi guys! Asslamualaikum. 

harini saya nak cerita tentang latar belakang ukm pulak. actually dah lama sangat nak masuk ukm lepas matrik alhamdulillah kesampaian tu tercapai. actually nak apply UUM tapi family pulak tak kasi jauh jauh. so kita proceed sahaja lah dengan UKM. hehe

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru BangiSelangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.
Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islammenyemarakkan lagi idea ini.
Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 dalam ranking Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings tahun 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya dan menduduki tangga ke-53 (2011) dan ke-58 (2012) dalam ranking QS Top 500 Asian University Rankings.


Asas penubuhan UKM

  • Penubuhan UKM adalah pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu
  • UKM dilihat sebagai kemuncak memperkukuhkan sistem pelajaran kebangsaan.
  • UKM dapat menampung lulusan sekolah menengah aliran Melayu.
  • Melahirkan warganegara yang setianya kepada negara ini.
  • Mengeluarkan siswazah yang sihat, berpandangan serta berfikiran luas.

Sejarah penubuhan

  • Tahun 1930-an lagi cendekiawan dan politikus Melayu mendesak Kerajaan British menyediakan kemudahan pendidikan tinggi kepada anak-anak Melayu. Antara tokoh tersebut ialah Abdul Kadir AdabiPersatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung pula mahukan pendaulatan Bahasa Melayu di peringkat universiti.
  • 1963 Seminar Bahasa dan Sastera telah diadakan . Hasil seminar ini mahukan universiti yang ‘benar-benar bercorak kebangsaan’. Sebuah universiti Islam turut dibincangkan.
  • 25 Ogos 1968, penubuhan Jawatankuasa Penganjur Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tokoh yang terlibat ialah Zainal Abidin WahidAbu Bakar HamidTunku Shamsul BahrinSyed Husin Alidan lain-lain.
  • 18 Mei 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan secara rasmi. Kampus sementaranya terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Universiti ini hasil citarasa ‘kebangsaan’ dan ’Islam’. Pelajar sulungnya seramai 192 orang. Ada 3 fakulti iaitu Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan Fakulti Islam. Ramai tenaga pengajar diambil dari Indonesia.

Fakulti

  • Fakulti Ekonomi & Pengurusan
  • Fakulti Farmasi
  • Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
  • Fakulti Pendidikan
  • Fakulti Pengajian Islam
  • Fakulti Pergigian
  • Fakulti Perubatan
  • Fakulti Sains Kesihatan
  • Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
  • Fakulti Sains & Teknologi
  • Fakulti Teknologi & Sains Maklumat
  • Fakulti Undang-Undang
  • Graduate School of Business

Institut

  • Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
  • Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
  • Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)
  • Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)
  • Institut Perubatan Biologi Molekular (UMBI)
  • Institut Kajian Oksidental (IKON)
  • Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)
  • Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)
  • Institut Perubahan Iklim (IPI)
  • Institut Islam Hadhari
  • Institut Sel Fuel
  • Institut Kajian Etnik (KITA)
  • Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)

Pusat

  • Pusat Kejuruteraan Tisu
  • Pusat Perancangan Korporat dan Kepimpinan(PPKK)
  • Pusat Citra Universiti (CITRA UKM)
  • Pusat Pembangunan Akademik
  • Pusat Jaminan Kualiti (KUALITI UKM)
  • Pusat Komunikasi Korporat (PKK)
  • Pusat Pengurusan Siswazah
  • Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi
  • Pusat Akreditasi Pembelajaran
  • Pusat Teknologi Maklumat (PTM)
  • Pusat Kepimpinan Wanita (PKW)
  • Pusat PERMATApintar Negara
  • Pusat Pemerkasaan Remaja
  • Pusat Kembangan Pendidikan (PKP)
  • Penerbit UKM
  • Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
  • Pejabat Pengurusan Risiko
  • Pusat Islam

Senarai Kolej Kediaman UKM



so haritu kitaorang menjelajah satu ukm ni. memang besar lahhhh banyak lingkungan nya. yang paling terkenal, banyak sangat roundabout kat sini. hahahah balik balik tang tuuuuu jaaa jalan dia. bosan gak lah kalau selalu kuar tu. tapi UKM tetap dihati . so ni gamabr sikit kitaorang amek. so enjoy!










SMK DATO' UNDANG HAJI ADNAN

hi guys! assalamualaikummm.

okay harini saya nak korang tahu sedikit latar belakang sekolah menengah saya dahulu. saya bukan lah berasal dari sekolah agama atau sekolah berasrama penuh atau mrsm. saya ni biasa biasa je alhamdulillah ikmu agama tu terpahat di dalam hati. hehehe 

yelahh tengok kawan kawan semua sekolah asrama penuh la. mrsm laaa. maahad laaa. masyaAllah alhamdulillah. hehehe

so here it guys 


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji Adnan atau nama ringkasnya SMK Dato' Undang Haji Adnan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 11, Jalan Tampin Seremban Kota.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji Adnan memiliki 282 pelajar lelaki dan 297 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 579 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru

PROFIL AM

KodNEA3036
Nama SekolahSMK DATO' UNDANG HAJI ADNAN
AlamatKM 11, JALAN TAMPIN SEREMBAN, KOTA, KOTA
PPDPPD REMBAU
StatusBeroperasi
No Telefon064384790
No Fax064384595
SesiPagi Sahaja
Jenis BantuanSekolah Kerajaan
Jenis MuridLelaki dan Perempuan
Bahasa PengantarBahasa Melayu
Jenis AsramaAsrama Sekolah Harian









PRESENTATION ? DONE!

HI GUYS ASSALAMUALAIKUM!!💖
KETEMU KITA LAGI DI DALAM BLOG INI ! SEMOGA KORANG TAK BOSAN LAH EHH. LATELY NI DAH NAK FINAL. SO A LITTLE BIT BUSY SIKIT. WELL YEAH STUDY KATAKOOO, SIAPKAN ASSIGNMENT, SIAPKAN PRESENTATION, MACAM MACAM LAH. 


KORANG NI SAYA GEMBIRAAAAAAAA SANGATTT SEBAB APA? SEBAB IM DONE WITH EDITING APP COM VIDEO ABOUT UKM DAN FEP! MASYAALLAH EVEN TAKLAH CREATIVE SANGAT EDIT, TAPI SAU ACHIEVEMENT YANG TAK SANGKA LAHHHH ON THE SAME TIME PI CARI APPS, TAKTAU GUNA APPS APA. BELAJAR SENDIRI. HACK APPS TU. HAHAHAH BANYAK BETUL DUGAAN . 


SO HARINI MY GROUP ( SAYA , TIPAH DAN BAH) AKAN PRESENT VIDEO KAMI TU. HARAP HARAP LAHHH PROF SUKA WEIIII! AND AKAN PRESENT DATABASE SYARIKAT KAMI TU. ACEWAH DAH ADA SYARIKAT KATAKOOO. 

SO GUYS WISH US LUCK OKAY ! EXCITED AND MENGGIGIL GAKK NI. SERAMMM SEBAB HARITU TERPAKSA SKIP PRESENTATION SEBAB MASALAH TEKNIKAL . MAAFKAN KAMI PROF! . HEHEHEHEH SO U GUYS NAK TENGOK VIDEO TU ? NANTI TENGOK KAT YOUTUBE JUGA EHHHH. SEBAB CEQ CUBA MASUK KAT SINI TAPI SANGAT SANGATT TINGGI KB DIA. SO NANTI TWNGOK KAT YOUTUBE OKAY . SEARCH "UKM DAN FEP"



EHHH WAIT , MESTILAH NAK GAMBAR KAN ? NAK TENGOK APA YANG KITAORANG BUAT KAN? SIKIT JE KAYY GAMBAR TU. AHAHAHAH SO. ENJOY!















APA ITU KESIHATAN ?

1# SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2# CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.
Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

3# RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4# RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5# RASULULLAH TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

6# SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

7# TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8# JADILAH PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.













FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN


Latar Belakang

Sejarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM dirintis dengan tertubuhnya Jabatan Ekonomi dan Perdagangan. Seusia dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1970.
Pada peringkat awal penubuhannya disiplin ekonomi hanya bertaraf jabatan. Ia merupakan salah sebuah jabatan dalam Fakulti Sastera. Taraf Jabatan Ekonomi dan Perdagangan telah dinaikkan ke peringkat fakulti pada 1 Januari 1974 hasil perkembangan bidang ilmu yang pesat dalam disiplin ekonomi dan pengurusan. Fakulti baru ini dinamakan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
Perkembangan ilmu ekonomi dan perniagaan serta permintaan pasaran gunatenaga yang semakin menigkat telah melahirkan idea untuk memisahkan fakulti ini kepada dua buah fakulti yang berasingan iaitu Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Pengasingan fakulti ini telah berlaku pada 16 Mei 1979. Semenjak dari itu, kedua-dua fakulti telah berkembang dengan pesat.
Dalam tahun 1996, pihak pengurusan UKM telah memutuskan untuk mengkaji semula dan menstrukturkan Fakulti dan Jabatan Akademik. Pada bulan Ogos 1997, keputusan telah dibuat bahawa penggabungan fakulti akan berdasarkan susunan atau rumpun ilmu.
  • Tahun 1999 – Semua fakulti dalam rumpun sains telah disatukan dan menjadi Fakulti Sains dan Teknologi.
  • Tahun 2001 – Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Fakulti Sains Pembangunan dan Fakulti Pengajian Bahasa distrukturkan semula sebagai Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
  • 1 April 2004 – Tertubuhnya Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, iaitu gabungan Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan.
Pemilihan nama Fakulti Ekonomi dan Perniagaan adalah membayangkan disiplin utama ilmu dalam bidang ekonomi, pengurusan perniagaan, dan perakaunan serta mencerminkan kesepaduan ilmu yang mempunyai epistemologi sepunya.


Visi, Misi dan Matlamat

Visi
Menjadi fakulti terpilih yang memangkin dan menjana ilmu untuk pembangunan ekonomi, perniagaan dan profesion bagi kesejahteraan negara dan masyarakat sejagat.
Misi
Bertekad menjadi pusat kecemerlangan ilmu pengurusan perniagaan, perakaunan dan ekonomi melalui gabungan ilmu dan amalan yang mulia, profesionalisme yang tinggi dan perkembangan terkini.
Matlamat
  • Memupuk kesarjanaan dan kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan pengembangan ilmu.
  • Melahirkan graduan berpengetahuan, berketrampilan, beretika dan berpandangan global.
  • Menghasilkan graduan berwibawa dalam profesionnya.
  • Menyebarkan ilmu dan kepakaran kepada masyarakat.







Monday 12 December 2016

HARITH ISKANDER

HI GUYS! 
ASSALAMUALAIKUM 😉😉

YEAHHH IM STILL HERE TO UPDATING MY BLOG! 

SO WHY MY TITLE BLOG ABOUT HARITH ISKANDER?
WHO IS HARITH ISKANDER? WELL YEAHH HE JUST NOW IS THE WINNER OF FUNNIEST PERSON IN THE WORLD COMPETITION. HE IS AN ACTOR COMEDIAN MALAYSIA ..
HE IS CONSIDERED TO BE "THE GOD FATHER OF STAND-UP COMEDY" IN MALAYSIA. OMG! HE IS THE WINNER . BUT MALAYSIAN PEOPLE DOESNT KNOW HER COMEDY SO WELL YEAH CAUSE IN ENGLISH RIGHT. HAHAHAHA TYPICAL MALAYSIAN..



SO I JUST WANNA SAY CONGRATULATION BECAUSE MAKE MALAYSIA UP IN THIS WORLD. WE PROUD OF YOU !!

Sunday 11 December 2016

HATI ? SIAPA TAHU ...

HI ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... ENTRY HARINI KITA RILEKS RILEKS, CHILL CHILL JE OKAY. 
HMMMMM SO KITA NAK MULA DARI MANA ? 


OKAY LETS TALK ABOUT HATI. HATI KITA NI MULA MULA LAHIR KAT MUKA BUMI NI, BERSIH SEBERSIH KAIN PUTIH. TIADA KEKOTORAN. MAKIN MEMBESAR NI SIKIT SIKIT BINTIK HITAM HINGGAP KAT HATI KITA. MENIPU LAH KITA TAK PERNAH BUAT DOSA KAN ? EVEN KECIL KECIL PUN DAH MELEKAT BINTIK BINTIK HITAM KAT HATI KITA. ALLAHU. 

HATI NI TIADA SIAPA YANG TAHU. I MEAN NALURI HATI KITA, RASA SAKIT KE BAHAGIA KE DUKA KE GEMBIRA KE , ALLAH SAHAJA YANG TAHU :') 

PERITNYA HATI NI BILA KITA PENDAM . TIADA SIAPA TAHU. KAN BEST ADA MAK AYAH. BOLEH SHARING DENGAN DIAORANG. EVEN TAK SHARING TU BILA TENGOK MUKA DIAORANG, HILANG MASALAH KAN.. SO KORANG YANG BACA NI YANG STILL ADA PARENTS , PLEASEEEE IM BEGGING YOU! PLEASE APPRECIATE PARENTS KORANG EVEN DIAORANG TERUK SEKALI PUN. DIAORANG PRICCELESS. TIADA GANTI . IF I HAVE BOTH OF MY PARENTS, YA ALLAH , HANYA ALLAH SAHAJA TAHU APA YANG SAYA NAK LAKUKAN UNTUK MEREKA. 


SORRY LAH TOPIK KALI NI TERASA DI HATI SEDIKIT . HEHEHE EVERYONE FACES UP AND DOWN LIFE . 

SO , NAK TANYA KORANG, BESTKAN ADA ORANG CARE PASAL KITA. ADA ORANG DAPAT DENGAR MASALAH KITA , ADA ORANG KITA NAK MENUMPANG KASIH. UNTUNGLAHHHH . SAYA? ALHAMDULILLAH STILL ADA ABANG KAKAK KAKAK ANAK BUAH SEDARA MARA . TAPI...... HEHEHEE ALLAH JE TAHU LAH. 

SO SAYA NAK BAGI NASIHAT SIKIT, PLEASE LA KORANG APPRECIATE FAMILY KORANG, KAWAN KAWAN KORANG. MANUSIA DIA MEMERLUKAN SOMEONE UNTUK MELEPASKAN LUAHAN. YAAA ALLAH IS THE BEST LISTENER! YES , AND NOW I HAVE ALLAH TO BE MY LISTENER . YAKIN PADA ALLAH. DIA YANG BUAT SEGALA GALANYA DAN DIA AKAN UBAH SEGALA GALANYA. 
KENAPA KITA NAK MALU DENGAN ALLAH SEDANGKAN ALLAH RINDU DENGAN KITA , SAYANG DENGAN KITA . ALLAHU . 


BILA KITA DENGAR KISAH NABI MUHAMMAD BALIK , NABI MUHAMMAD YANG TAK PERNAH BERSUA MUKA DENGAN KITA , RINDUKAN KITA. KITA ADA RINDUKAN BAGINDA BALIK KE? ADA KITA INGAT DIA ? SEDANGKAN SUNNAH BAGINDA PUN KITA TAK TERIKUT. ALLAHU. SORRY EMOSIONAL . NOTED TO MYSELF ACTUALLY . HMMM 


YA ALLAH, ANDAI KAU DAPATKAN UNDUR MASA ITU BALIK... BERILAH AKU KEBAHAGIAN NIKMAT BERSAMA KEDUA IBU BAPA KU. AKU AMAT MERINDUI MEREKA... YA ALLAH, JIKA DIRI INI AMAT BERDOSA, KAU AMPUNKAN LAH DOSA DOSA LALUKU DAN DOSA MASA AKAN DATANG KU . 
YA ALLAH, ANDAI HATI INI TAK MAMPU LAGI MENAHAN KESAKITAN HATI INI, MAKA KAU UBAHKAN LAH IA SUPAYA HATI HATI YANG TERLUKA INI DAPAT DISEMBUH SEMULA DENGAN KEBAHAGIAN TAK TERHINGGA SEHINGGA AKHIR HAYAT MU YA RABB 😢😢😢😢😢😢😢😢😢

Saturday 10 December 2016

BEKAM ?? BEST !!

Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya".

Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Pada malam aku diisrakkan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah/Bekam". 
(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)



Bekam (Al Hijamah)

Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk ummat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.

Sabda Rasulullah SAW ;

"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"

"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (berbekam)"( "Riwayat Ahamd dan Tabrani dari Samurah r.a.)

Di dalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair RA, dari Ibnu 'Abbas RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda; "Kesembuhan ada tiga perkara; minum madu, berbekam dan bakaran api (Al- Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api". 

Kebaikan Berbekam

-Membantu menghilangkan pening dan migrain.
-Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
-Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam,Membantu memulihkan ketegangan urat      leher,belikat, pinggang dan urat sendi di kaki,
-Membantu mencegah kebas kaki dan membantu  meredakan serangan angin ahmar.
-Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan  peredaran darah yang tersumbat
-Membantu meringankan tubuh. Darah kotor  yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa  berat dan malas.
-Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan  kabur
-Membuang darah bertoksik.
-Membuang segala gangguan makhluk halus.


Penyakit yang boleh di ubati dengan Bekam :
Migrain, Sakit Pada Kepala,Sinusitis/Alergic,Masalah Pada Mata,Kolestrol Tinggi,Masalah Angin,Masalah Sakit Gigi,Masalah Asthma/lelah dan paru paru,Batuk,Hati/Liver/Hepatitis,Pundi Hempedu,Pankreas/Diabetis, Masalah Sakit Pinggang,Masalah Lengoh Paha/Betis,Buasir,Masalah Kaki Kebas,Sakit Tumit,Masalah Sakit Jantung,Masalah senggugut/Haid, Lenguh Pada Bahu,Betis,Batukarang,Sembelit,Sakit lutut, Sakit Kepala/Jerawat Banyak,Lemah Tenaga Batin,Stroke, Masalah Buah Pinggang,SIHIR dan lain lain masalah penyakit.


BEKAM NI MEMANG SERONOK. KHAMIS HARITU SAYA BARU BUAT DI SENAWANG. MEMANG BADAN RASA RINGAN. MUKA TEGANG GILA. PEDIH BILA DIA PAM KAT DAHI MEMANG TEGANG GILA MUKA. TAPI LEPAS BUAT TU RASA LEGA SANGAT. ALHAMDULILLAH, 




















BBQ PAUTAN KASIH PSSCHUKM

HI ASSALAMUALAIKUM SEMUAAAA


OKAY HARINI SAYA ADA FEFELINGGG NAK UPDATE BLOG PULAKKK. HEHEHEH


OKAY SO PSSCHUKM NI APA? PSSCHUKM NI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK HANAFI UKM . 

SO KITAORANG DIBAHAGIKAN KUMPULAN UNTUK BUAT PROGRAM. ALAAA SIMPLE SIMPLE JE. SATU KUMPULAN NI KENE BUAT MALAM BBQ BERSAMA AHLI SILAT CEKAK HANAFI. DAN LAGI SATU KUMPULAN KITAORANG KENE BUAT MAJLIS SOLAT HAJAT. AND IM THE ONE DALAM MAJLIS SOLAT HAJAT TU AS BENDAHARI. AHLONGGGG MARI. HEHEHEHE


OKAY MALAM TU BERSAMAAN RABU MALAM MAJLIS BBQ. ACTUALLY PETANG TU SIBUK SIBUK LAAAA NAK JENGUK DIAORANGGG BUAT APA. ADA YANG TENGAH HIAS . ADA YANG TENGAH HIDUPKAN API UNTUK BAKAR AYAM. TAKLEH BELAHHH SEJAM JUGAK BUDAK BUDAK LELAKI NAK HIDUPKAN API. 
HAHAHAHA ORANG SURUH ITU INI TAKNAK BUAT. HAAA AT LAST, PAKSA GAK BUAT BARU HIDUP API. SENANG. CEPAT BAKAR. HAHAHAHA 


SO TOLONG PUNYA TOLONG SAMPAI PEDIH GILA LA TANGAN. (JATUH HANTARAN AKU NANTI) HAHAHAH OKAY THEN MAGHRIB TU BALIK KOLEJ. MEMANG BAU ASAP WEH SATU BADAN. SO BALIK MANDI SIAP SIAP PAKAI LELAWA. (ACAH LAWA) THEN PERGI BALIK KAT MAJLIS TU. YAYYYYY EVERYTHING GOING SO WELL! SANGAT SANGAT BEST LAGI BEST BILA UKHUWAH SESAMA SENDIRI MAKIN RAPAT. 

MENU SEDAP BAQHANGGGG. AYAM BBQ , SOSEJ , MASH POTATO , MEEHOON GORENG , CHEESE TART DAN MACAM MACAM LAGI. MERAH MAJLIS TU BILA BAH (ERIC) JADI MC . HAHAHAHA NASIB TAK HAMBAR WEI. DAN YANG SEDIHNYAAA SORANG JE ALUMNI DATANG UNTUK MAJLIS TU. TAPI TAKPELAH BUSY KERJA KAN. 

SO AFTER BAGI UCAPAN BLABLABLA , KITAORANG PUN BERSANTAP LAAAAA. MEMANG MENIMBUN LA AMBIL. AFTER THAT, KITAORANG DAPAT TUKAR TUKAR HADIAH. YANG TAKLEH BLAH HADIAH DIA AIR TIN DGN BISKUT. AHAHAHAHHAHAHA ALHAMDULILLAH BOLEH BUAT ALAS PERUT WEI. HAHAHAHA MEMANG BEST LA KALAU NAK DIINGATKAN BALIK. SENIOR SENIOR PUN ADA SPORTING WEH. TU YANG BEST TU. TAPI PART GARANG, MEMANG SERIOUS WEH, TAKUT AKU. HAHAHAHA





Monday 5 December 2016

FINAL EXAM IS AROUND THE CORNER !!!!!

HI GUYS ASSALAMUALAIKUMMMMMMMM!!!!!!


2 MINGGU LAGI DAN NAK FINAL EXAM KAN? SO I SHARE WITH YOU ALL THE TIPS UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN. 

SEMOGA KALIAN DAPAT MENJAWAB EXAM DENGAN PENUH KEYAKINAN DAN ILMU DIDADA MANTAP ! DAN SEMOGA KALIAN SEMUA DAPAT JAWAB DENGAN TENANG DAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG TERBAIK! NO REPEAT REPEAT OKAY 💕💕💕💕💕


BAGI PELAJAR NI MESTI KENE ADA DUIT! 
KENAPA DUIT ?

D- DOA
U- USAHA
I- IKHTIAR
T-TAWAKAL 

1 ::Al-Fatihah (7 kali)

2 :: Selawat (7 kali)

3 ::Subhanallah (44 kali)

4 ::Alhamdulillah (44 kali)

5 :: Allahhu Akbar (44 kali)

6 :: YaHayyu Ya Qayyum (21 kali)

7 :: dan kemudian teruskan dengan bacaan doa ini :-

Ya Allah, YaHayyu, Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq. Ya
Allah, permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu… Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu… Amin Ya Rabbal Alamin…

Setelah selesai bacaan-bacaan ini, tiupkanlah pada alat-alat tulis yang digenggam itu.
Letakkan di tempat yang tinggi dari aras punggung dan elakkan dari dilangkah…


Keesokan harinya, ketika anak-anak bersedia untuk pergi menduduki peperiksaan. Ambil
segelas air, dalam keadaan berwuduk amalkan bacaan seperti di atas (1-7), tiupkan pada segelas air itu lalu diberi minum kepada si anak… Insya-ALLAH dipermudahkan anak-anak itu menghadapi peperiksaan…

 Doa ini juga bagus diamalkan oleh ibubapa.  Caranya: hendaklah ibubapa meletakkan tanga di atas dahi anak dan bacakan doa ini. (Doa ini adalah yang di doakan oleh Nabi SAW kepada Ibnu Abbas ra)


اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ


Pelajar-pelajar pula hendaklah selalu berdoa mohon berkat ilmu yang dipelajari, seperti berikut:





Sama-sama kita berdoa semoga anak-anak kita berjaya di dalam peperiksaan dan menjadi aset yang berharga samada di dunia mahupun di akhirat.  Sebaik-baik doa ialah mendoakan orang lain
   dimana  orang itu tidak mengetahuinya.



  • Periksa Kelengkapan Untuk Peperiksaan Sebelum Tidur Malam!
  • Tidur awal! Bertolak awal ke Dewan Peperiksaan!
  • Jangan Gemuruh.. Jangan Stress.. Relax.. Tarik Nafas Panjang-Panjang.
  • Berdoalah banyak-banyak bagi yang Muslim.
  • Bacalah Soalan dengan tertib dan hati-hati sebelum menjawab.
  • Jangan Meniru. Usaha yang terbaik.. Bertawakal pada Allah swt.