Monday, 28 November 2016

I MISS YOU :')

HI ASSALAMUALAIKUM GUYS! 

OKAY HARINI SAYA NAK KONGSIKAN SERBA SEDIKIT APA YANG INGIN SAYA LUAHKAN ✌✌✌

KORANG TAHU APA PENGORBANAN SEORANG IBU DAN AYAH ? 
TERLAMPAU BANYAK KAN. TERLALU BANYAK. 

IBU~ MENGANDUNGKAN KITA 9 BULAN DIDALAM PERUT DIA. DIBAWA KEHULU KEHILIR DENGAN DUA BADAN DUA NYAWA. MASYAALLAH. πŸ˜– BILA MASA DAH SAMPAI , NYAWA IBU KITA IBARAT TELUR DIHUJUNG TANDUK BERTARUNG NYAWA UNTUK MELAHIRKAN KITA. SUBHANALLAH. THEN SANGGUP KE KITA NAK MELUKAKAN HATIBU KITA? DIA LAH MENJAGA PAKAIAN MINUM MAKAN KITA. DULU ZAMAN KITA BABY, DIALAH MENYUSUKAN KITA, DIALAH YANG SELALU ADA UNTUK KITA SAMPAI KITA DAH BESAR. 

AYAH~ DARI DIALAH KITA WUJUD DI DUNIA NI. SELAIN DARI KUASA ALLAH πŸ˜€ . DIALAH INSAN PALING GEMBIRA BILA DIA DAPAT DENGAR SUARA BABY YANG DILAHIRKAN DARI ISTERI DIA. DIAALAH AZAN KAN KITA. DIA TATANG KITA BAGAI MINYAK YANG PENUH (WALAUPUN MINYAK DAH NAIK SEKARANGπŸ˜‡πŸ˜‡) . AYAH KITA TULAH BERTUNGKUS LUMUS CARI DUIT UNTUK KELUARGA, BAGI MAKAN MINUM PAKAIAN KAT KITA. SIAPA LAGI NAK BUAT MACAM TU? AYAH KITA WALAUPUN GARANG TAPI HATI DIA TETAP LEMBUT CUMA DIA JUST TAKNAK TUNJUK KAT KITA BETAPA HATINYA LEMAH. YELAH KALAU AYAH DAH TUNJUK LEMAH KAT ANAK , NANTI ANAK CEPAT NAIK KEPALA PULAK KAN. 

AND THIS IS MY STORY. 

UMMI~ UMI, WALAUPUN NABIILA DAPAT BERKENALAN HIDUP BERSAMA UMMI TAK SAMPAI 12 TAHUN. TAPI JASA UMMI NABIILA TAK BOLEH NAK BALAS. SANGAT BESAR PENGORBANAN MU TERHADAP ANAK ANAK MU. 
UMI, NABIILA TAHU KESUSAHAN UMMI WAKTU DULU WALAUPUN NABIILA MASIH TIADA DALAM DUNIA. DISAAT AYAH SAKIT, KOMA (OPERATE KEPALA) UMI JAGA AYAH DAN KAKLONG N KAKNGAH DAN ABANG MASA TU. DISAAT ITU JUGA AYAH DAH TAK MAMPU UNTUK KERJA. UMI KERJA BERTUNGKUS LUMUS UNTUK JAGA FAMILY DAN CARI DUIT UNTUK KAMI. BESAR PENGORBANAN MU MENJAGA SEORANG SUAMI DAN ANAK ANAK. ALHAMDULILLAH AYAH MASIH KUAT UNTUK TERUSKAN HIDUP. SELEPAS AYAH SIHAT, ABANG PULAK KENE LANGGAR. PATAH KAKI. UMMI JUGA YANG MENJAGA DIA . MASYAALLAH. UMMI SEKARANG MEMPUNYAI 5 ORANG ANAK. DAN DALAM MASA YANG SAMA UMMI TAK PERNAH MERUNGUT PENAT, LETIH LELAH JAGA KAMI SEKELUARGA. 
DULU DISAAT ZAMAN YANG MASIH BELUM ADA KECANGGIHAN, UMI BASUH BAJU BAJU KAMI GUNA TANGAN SETIAP HARI. BILA AYAH DAN BENTI JADI PEGUAM, UMI DAN AYAH MULA MENIAGA SATAY. DARI SITULAH UMI NAK JAGA KAMI, BERI MAKAN PADA KAMI, SIAPKAN ALATAN MENIAGA, BASUH PAKAIAN KAMI, KEJUTKAN KAMI TIDUR LAGI LAGI NABIILA YANG PALING MALAS NAK BANGUN. HEHE. UMI LAYAN KERENAH KAMI. ADA YANG MENANGIS TAK NAK PERGI SEKOLAH. SAMPAI UMI KENE TUNGGU KAT SEKOLAH TU. SETIAP PAGI UMMI DUKUNG NABIILA, MANDIKAN NABIILA PAKAIKAN BAJU SEKOALH UNTUK NABIILA SEBAB NABIILA TAKNAK PERGI SEKOLAH. DAN BILA AYAH TAK DAPAT JEMPUT NABIILA BALIK SEKOLAH, UMI SANGGUP BAWAK BASIKAL JEMPUT NABIILA KAT SEKOLAH. YA ALLAH, AKU RINDU πŸ˜₯
UMMI.... ANDAI UMMI MASIH ADA SEKARANG, NABIILA DAH MASUK UNIVERSITI. ANAK UMMI SEMUA PANDAI PANDAI. UMMI KAT SANA TUNGGU KAMI KAN? DISAAT UMMI MENAHAN SAKIT, DAN DALAM MASA YANG SAMA UMMI KUAT DEPAN ANAK ANAK UMMI. UMMI, MASA UMMI DUDUK KAT HOSPITAL, NABIILA DUDUK BERDUA DENGAN AYAH KAT RUMAH. NABIILA TOLONG AYAH BUAT SATAY. BALIK SEKOLAH NABIILA DAN AYAH PERGI MENIAGA CARI DUIT UNTUK KAKLONG KAKNGAH ABANG KAKAK DAN UMI. SETIAP HARI AYAH DAN NABIILA NAK MELAWAT UMMI KAT HOSPITAL. MAAFKAN NABIILA SEBAB JARANG JAGA UMMI KAT HOSPITAL. SETIAP HARI NABIILA RINDU NAK RASA KASIH SAYANG SEORANG IBU. NABIILA TAHU UMMI KUATKAN. ALHAMDULILLAH UMI MAKIN SIHAT. DAN KITAORANG BAWAK UMMI BALIK. SEBAB SEMUA RAWATAN RADIOTERAPI CHEMOTERAPI DAN SETTLE. DULU UMMI JAGA BERSIHKAN KAMI. SEKARANG KAMI PULAK JAGA UMMI. UMMI NAMPAK SIHAT. KUATKAN UMMI MASA TU. ALHAMDULILLAH NABIILA DAPAT JAGA UMMI KAT RUMAH MASA TU. TAPI MAAFKAN NABIILA SEBAB TAK DAPAT NAK BALAS JASA UMMI MASA TU. NABIILA TAHU KECIK KECIK NABIILA DEGIL. KESIAN UMMI LAYAN NABIILA. UMMI. KAMI RINDU UMMI 😒😒 DAH 7 TAHUN UMMI TAKDA BERSAMA KAMI. KAMI RAYA TANPA UMMI. DULU UMMI SELALU BUAT ITU INI MASA RAYA. UMMI LAH PEREMPUAN PALING BUSY TIME TU. RAYA HAPPENING JEEE. TAPI SEKARANG UMMI TAKDA :( 


AYAH~ AYAHH. SEMALAM AYAH GENAP SETAHUN TINGGALKAN KAMI. ALLAHU. TAK KUAT RASANYA BILA MENGENANGKAN RIDNU GELAK KETAWA AYAH. 
AYAHH~ AYAH TAK PERNAH MENGELUH DENGAN ANAK ANAK. AYAH LAYANKAN KERENAH ANAK ANAK. AYAH MANJAKAN NABIILA. DULU INGAT LAGI BILA KAKAK2 MARAH BILA AYAH MANJAKAN NABIILA. TAPI AYAH KATA "BIARLAH AYAH MANJAKAN DIA, DIA KECIK KECIK DAH TAKDE IBU" MASYALLAH. MASA TU HANYA ALLAH JE TAHU PERASAAN KU BILA AYAH CAKAP MACAM TU. NABIILA HIDUP BERSAMA AYAH DULU. HARI HARI AYAH BERSAMA NABIILA. BILA KAKAK2 ABANG SEMUA BELAJAR, UMMI KAT HOSPITAL , KAKAK JAGA UMMI. NABIILA BERSAMA AYAH CARI REZEKI UNTUK KELUARGA. TABAHNYA PENGORBANAN MU AYAH. AYAH MASIH KUAT . DAN NABIILA TAHU AYAH TUNJUK KUAT DEPAN ANAK ANAK SUPAYA TAKNAK ANAK DOWN BILA AYAH SEDIH. 
DARI KECIK SAMPAI NABIILA DAH BESAR , AYAH TAK PERNAH JEMU HANTAR NABIILA KE SEKOLAH, JEMPUT NABIILA KE SEKOLAH SAMPAI SEKOLAH MENENGAH. SAMPAIKAN NABIILA NAK MASUK ASRAMA PUN TAK KENE DENGAN JIWA NABIILA. 4 HARI NABIILA MERASA DUDUK ASRAMA TIME TU . MASA TINGKATAN 5. HARI HARI NABIILA TERINGATKAN AYAH. SUMPAH DEMI ALLAH NABIILA TAK BOLEH BERJAUHAN DENGAN AYAH. WALAUPUN SEKOLAH TU TAKDELAH JAUH DARI RUMAH. TAPI HATI NI RASA SEBAK BILA BERJAUHAN DENGAN AYAH MASA TU. DAN SMPAI SATU HARI KAKNGAH DAN KAKAK DATANG, DAN CALL PENGETUA UNTUK BAWAK NABIILA BALIK. 4 HARI TU MENYIKSA JIWA DAN RAGA. KEKADANG RASA MALU SEBAB DAH FORM 5 PUN TAK BOLEH NAK HIDUP SENDIRI. TAPI ITULAH LIFE SAYA. DAN SAMPAILAH NABIILA MASUK MATRIK. FIRST TIME DUDUK BERJAUHAN DENGAN AYAH, MEMANG TIAP MALAM MENANGIS. SETIAP MALAM NABIILA CALL AYAH, TAKPUN AYAH CALL NABIILA. NABIILA COVERKAN SUARA MENANGIS. YELAHHH TAK PERNAH DUDUK JAUH. WALAUPUN MATRIK NEGERI SEMBILAN JE. KEKADANG BILA NABIILA RINDU, NABIILA CALL AYAH. AYAH SELALU CAKAP MEREPEK . SUKA BUAT KELAKAR. DAN MASA TU KAKLONG MENGANDUNG. DAN MASA TU BULAN PUASA. SAYU HATI BILA TAK DAPAT BERBUKA SAMA SAMA DENGAN AYAH. YELAH MATRIK TAK BOLEH BALIK SELALU. DAN SUATU MASA TU KAKLONG NAK  DAH DUE DATE. AYAH TUNJUK COOL JE. AYAH KAKNGAH KAKLONG BERBUKA DALAM KERETA SEBAB NAK BAWAK KAKLONG PERGI HOSPITAL. 1/7/2015 AYAH DAH ADA SEORANG CUCU. AYAH SANGGUP JALAN JAUH DALAM HOSPITAL SEBAB NAK TENGOK CUCU AYAH. YA ALLAHπŸ˜ͺπŸ˜ͺ TIME TU NABIILA TAKDA. NABIILA PUN EXCITED DAPAT TAHU KAKLONG DAH LAHIRKAN NUR AISYAH. GEMBIRA TAUU! 
TIME TU BULAN PUASA, AYAH SELALU NAK TENGOK CUCU AYAH. DULU AYAH SELALU JAGA AISYAH. 

~DIWAKTU MALAM, BULAN MENGAMBANG~🎡🎷🎢

RINDU SANGAT. KALAU KAKLONG DUDUK SEREMBAN, AYAH SELALU NAK TENGOK VIDEO AISYAH. DAN BILA RAYA, AYAH NAK BERGAMBAR DENGAN WHOLE FAMILY. DAN TAHUN TU LAH AYAH NAK BERGAMBAR DENGAN KAMI. SELALUNYA AYAH MEMANG SUSAH NAK AJAK BERGAMBAR. 
DAN ITULAH GAMBAR TERAKHIR RAYA BERSAMA AYAH. YA ALLAH. DISAAT ITU NABIILA MATRIK FINAL EXAM. NABIILA TERUS BALIK RUMAH SECARA MENGEJUT. SEBELUM TU AYAH DENGAN KAKAK2 ABANG DATANG MATRIK. KITA MAKAN SAMA SAMA SEBAB DAH LAMA NABIILA TAK JUMPA AYAH. NABIILA SURUH AYAH DATANG. TAK SANGKA ISNIN TU AYAH MULA RASA TAK SEDAP BADAN. DAN SAMPAILAH MASA TU AYAH TAK LARAT NAK BANGUN. NABIILA BALIK DENGAN ABANG. PUJUK AYAH UNTUK BANGUN. TAPI AYAH TAK LARAT. DAN KITAORANG PAKSA JUGAK AYAH MANDI BERSIHKAN BADAN. DAN SAMPAI SATU TAHAP KITAORANG TERPAKSA PANGGIL AMBULANS. NABIILA IKOT AYAH PERGI HOSPITAL TIME TU . NABIILA DUDUK DALAM AMBULANS. AYAH KENE TAHAN WAD. TAPI AYAH TAKNAK DUDUK HOSPITAL. AYAH SANGGUP AJAK KAKLONG LARI DARI HOSPITAL. DAN DARI SITU DOCTOR BAGITAHU AYAH PUNYA BUAH PINGGANG DUA DUA ROSAK. DOCTOR SUGGESTKAN  BUAT DIALISIS. KENE TEBUK LEHER. TAPI AYAH TAKNAK. KITOARANG TERPAKSA CAKAP DENGAN DOCTOR UNTUK BAWAK AYAH BALIK DULU. DAN KAMI CUBA IKHTIAR CARA LAIN. TAPI ALLAH TAK MENGIZINKAN. TIME TU NABIILA CUTI SEM. AYAH KENE TAHAN WAD BALIK SEBAB KEADAAN AYAH MAKIN TERUK. KAMI GILIR GILIR JAGA AYAH KAT HOSPITAL. JAGA AYAH, MANDIKAN AYAH. DAN PEJAM CELIK NABIILA KENE MASUK MATRIK BALIK. SEMINGGU LEPAS MASUK MATRIK, HARI RABU KAKLONG CALL SURUH BALIK DENGAN ABANG. JAGA AYAH. TAPI NABIILA TAK DAPAT BALIK. YA ALLAH MASA TU RASA MENYESAL SEBAB TAK BALIK. HARI KHAMIS TU AYAH MASUK CCU. NABIILA DAPAT JUMPA AYAH HARI JUMAAT. DAN MASA TU AYAH DAH TAK SEDAR, YA ALLAH . ALHAMDULILLAH SEBELUM TU NABIILA DAPAT DENGAR SUARA AYAH. TAPI TAK JELAS. NABIILA BAGITAHU NABIILA RINDU AYAH. NABIILA TANYA AYAH, AYAH RINDU NABIILA TAK ? DENGAR SUARA AYAH NANGIS πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”TIME TU NAK CARI SUMBER KEKUATAN TAK TAHU KAT MANA. JUMAAT NABILA BALIK. TAPI DAPAT JUMPA KEJAP CUMA AYAH DAH TAK SEDAR MASA TU. AYAH BERGANTUNG PADA UBAT MASA TU. BP AYAH RENDAH. SEBAB AYAH TAK LALU NAK MAKAN. HARI SABTU PUKUL 1 PAGI DOCTOR CALL KAKLONG SEBAB AYAH DAH TENAT. YA ALLAH DALAM MASA OTW TU HATI NI LEMAH. DOCTOR SURUH BAGI SEMANGAT KAT AYAH. NABIILA BAGI SEMANGAT KAT AYAH. KAMI BACAKAN YASIN UNTUK AYAH. ALHAMDULILLAH BP AYAH NAIK MASA TU. TAPI TURUN BALIK. KITAORANG CALL ADIK BERADIK AYAH DAN UMI UNTUK DATANG TENGOK AYAH. PADA PUKUL 4.30 PAGI, ALLAH LEBIH SAYANGKAN AYAH. YA ALLAH. DARI UMMI TIADA, AYAH LAH HANYA SEORANG TEMPAT KAMI BERGANTUNG. TAKDA ORANG LAIN DAH. LEMAH SEGALA BADAN NI BILA TAHU AYAH DAH TAKDA. NABIILA MENYESAL SEBAB TAK BALIK HARI RABU HARITU. HANYA ALLAH JE TAHU BAGAIMANA KITA TAK PUTARKAN MASA TU BALIK. 


UMII... AYAH~ SEKARANG UMI DAN AYAH DAH ADA CUCU. ABANG PULAK DAH KAHWIN. DAN TAK LAMA LAGI AYAH UMI NAK DAPAT LAGI SEORANG CUCU..... UMMI AYAHHH, KITAORANG PUNYA RAYA TAHUN 2016 TAK SAMA MCAM TAHUN TAHUN LAIN. SEKARANG NABIILA DAH MASUK U. KAKNGAH DAN KAKAK KERJA. KAKLONG JAGA AISYAH. ABANG DENGAN KAK ILA DAH NAK ADA ANAK NANTI. AYAH UMMI, KALAU AYAH UMMI MASIH ADA SEKARANG NI. AKAN KAMI HARGAI AYAH UMMI. KALAU DAPAT PUTARKAN MASA BALIK, SIKIT PUN KAMI TAKNAK BERBANTAH WALAUPUN AH SEKALI PUN. SEBAB KAMI DAH DAPAT RASA BETAPA SAKITNYA SAYUNYA HATI TANPA IBU BAPA DISISI. 


DALAM KENANGAN ZAHARIAH BINTI ABD MAJID 10/09/1957~ 03/06/2009
NAZRI ROSHAM BIN KAMARUDIN 14/09/1961~28/11/2015 

SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG BERIMAN . AMIN YA ALLAH 😿😿😿😿



No comments:

Post a Comment