Saturday, 12 November 2016

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI

ASSALAMUALAIKUM HI SEMUAAAA! 
ENTRY HARINI SAYA NAK KONGSIKAN TENTANG SILAT CEKAK HANAFI.


HAAAAA KALAU KORANG YANG TAK TAHU PASAL SILAT KANN MESTI KORANG CAKAP SILAT NI ADA AMAL AMALKAN ILMU GHAIB KE APA KE BACA MANTERA KE APA KE KAN? 

ALHAMDULILLAH. SILAT NI BERLANDASKAN AGAMA ISLAM. TAKDA PUN NAK KENE AMALKAN BENDA TAK ELOK HAIHHH. BIASALAH DALAM BELAJAR MESTI ADA GURU KAN. SILAT NI KITA KENE AMBIL IJAZAH DULU BARU MENUNTUT ILMU SETERUSNYA. 

SAYA KENAL SILAT NI PUN DARI UKM UNDER CITRA . TAK TERPIKIR LANGSUNG PUN NAK MASUK DALAM BENDA MACAM NI. TAPI CITRA SEMUA DAH FULL KAN. AMEK PELUANG LAAA DALAM SILAT NI PULAK. MEMANG CUAK LAHH MULAMULA TU . TAPI ALHAMDULILLAH SELEPAS BELAJAR NI. KITA TAHU APA KELEBIHAN DIA. APA KESERONOKKAN NYA. DALAM MASA YANG SAMA, KITA DAPAT PERTAHANKAN DIRI KITA KALAU ADA ANCAMAN YANG TAK SEPATUTNYA BERLAKU PADA DIRI KITA. KAN?  

SO NI NAK KONGSI PASAL SEJARAH SILAT SIKIT..

SEJARAH SILAT CEKAK USTAZ HANAFI
Silat Cekak ini asalnya dari Kedah. Tidaklah dapat dipastikan sama ada ia wujud hasil dari seorang atau hasil permuafakatan dari pelbagai guru. Silat ini datang dipercayai selepas kedatangan Islam di negeri ini. Silat ini dahulunya diajarkan hanya kepada para panglima di Kedah untuk menghalang pencerobohan luar ketika itu. Orang yang paling lama diketahui mempelajari silat ini adalah Panglima Ismail yang berkhidmat di bawah Sultan Ahmad Tajuddin. Panglima Ismail, pada suatu masa telah mengalahkan seorag Batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) di Kubang Kerian, Perak.
Seterusnya, silat ini diajarkan kepada Panglima Tok Rashid yang ketika itu terpaksa berpindah ke Perak kerana di tempat tinggalnya di Kedah ketika itu diserang wabak taun. Akhirnya, Panglima Tok Rashid mengamanahkan silat ini kepada Yahya Said (Pak Ya Said) dengan pesannya: " Kalau ada anak cucuku dari Kedah yang ingin belajar, hendaklah engkau pulangkan kembali"
Maka En. Yahya Said pun diamanahkan untuk menjaga silat ini, untuk diberikan kepada yang hak empunya.

HAAA NI SERBA SEDIKIT SEJARAH TENTANG SILAT NI. ADA BANYAK LAGI. TAPI NANTI KORANG PENAT PULAK NAK BACA..

ANATARA SILAT SILAT YANG KITA PELAJARI UNTUK 3 PERINGKAT NI IALAHHH

1. ) Buah Pertama
2. ) Keputusan Gayong Petani
3. ) Keputusan Sendeng Atas
4. ) Buah Kilas Belakang
5. ) Buah Kilas Hadapan
6. ) Buah Kidong Kiri
7. ) Buah Kuntau Jatuh
8. ) Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung
9. ) Buah Kuntau Kanan Gantung
10. ) Buah Hentak (Keputusan Silat Harimau)
11. ) Buah Ali Patah Atas
12. ) Buah Ali Patah Sudah
13. ) Buah Selendang
14. ) Buah Gari & Gari Gunting
15. ) Buah Paras
16. ) Keputusan Pasung Kemanga
17. ) Keputusan Terlak
18. ) Keputusan Lintau
19. ) Buah Hempok
20. ) Buah Luncur
21. ) Buah Siku Potong

SEKARANG NI SAYA BARU NAK MASUK BUAH KIDONG KIRI. MENCABAR JUGAK LAHHH. SETIAP ISNIN DAN RABU KENE LATIH WAKTU MALAM. MEMANG BALIK BILIK TERUS MANDI DAN TIDUR LAH. TAKDA DAH NAK BUKAK BUKU LAGI. HAHAHAHA (TIDUR LAGI PENTING) CEHHHH. 

DALAM SILAT NI, ADA PANTANG LARANG NYA. MESTI RASA MACAM CURIGA KAN? ACTUALLY KITA BELAJAR APA APA PUN KENE ADA PANTANG LARANG. THE SIMPLE PANTANG LARANG YANG KADANG-KADANG ORANG SUSAH NAK IKOT. 

 5 PANTANG LARANG
1. Tidak boleh derhaka kepada guru
2. Tidak boleh derhaka kepada ibu
3. Tidak boleh derhaka kepada bapa
4. Tidak boleh bergaduh sesama ahli
5. Tidak boleh mencaci silat Melayu yang asli

SENANG JE KAN? TAPI LIAT KITA NAK AMALKAN. SO NI ANTARA GAMBAR GAMBAR SILAT 






No comments:

Post a Comment